Tuesday, October 20, 2009

Betulkan Bacaan Fatihah

NAMA SYAITAN DALAM AL-FATIHAH

Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat
bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya
dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah
kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut
diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud di dalam Al-Fatihah,
sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama syaitan;

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS

SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.

AMIN hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA
dua harakat, MIN 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan
Amin malaikat.

Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki
bacaannya.

No comments:

Post a Comment