SUPERCAMP EXCEL 2009






NAIK DIK...CKIT LG..HEH..



PRAKTIKAL WUDU' SETIAP KUMPULAN SETELAH DI TUNJUK AJAR...
Pada 30 November hingga 2 Disember yang lepas telah berjalannya aktiviti Super Camp Excel di Excel Training Resort.
Di sini kami sajikan beberapa foto sepanjang aktiviti tersebut dijalankan untuk tatapan anda
supercamp excel sesi bersama dato dr hj mohd fadzilah kamsah
cuti sekolah sakan nampak......hehe...mereka berlatih terbang
supercamp melangsingkan pinggang..heh..sakit pinggang ke dik..heh
SUPERCAMP MENGAWAL AIR JANGAN KELUAR
SUPERCAMP-KETAHANAN.KEBERANIAN DAN TEKNIK MEMANJAT
ADIK YANG SORANG NI TAK SABAR NAK MANJAT YANG LAIN PULAK....
TERERNYA....MCM LATIHAN TENTERA JER....BEST KAN SUPERCAMP NI..
ZIKIR MUNAJAT YER....ADIK2..AKTIVITI SURAU..MENANTI SOLAT..
Pada 14 – 16 Dis 2008 sekali lagi telah berlangsungnya aktiviti Super Camp Excel diExcel Training Resort.
Dibawah ini kami paparkan beberapa foto bagi tatapan anda semua;
DATO fADILAH KAMSAH BERSAMA MEMBACA DOA SEBELUM KELASDMFK menanya soalan pada pelajar..
PELAJAR SOLAT BERJEMAAH BERSAMA-SAMA...SOLAT TIANG AGAMA..
SESI KULIAH AGAMA BARU NAK BERMULA DENGAN EBIT IRAWAN
TINGGINYA ADIK..KAT MANA NIE.....
KUMPULAN SUPERCAMP SATU DGN FACI LYANA
KUMPULAN SUPERCAMP DUA
KUMPULAN SUPERCAMP EMPAT DENGAN FACI IZWAN
KUMPULAN SUPERCAMP 4 DENGAN FACI AZWAR
KUMPULAN SUPERCAMP LIMA DENGAN FACI PUTRI
MEREKA SEDANG MELINTAS LAUTAN..HEHE..KOLAM JER LAH..TAPI YG KALI PERTAMA RASA MACAM LAUTAN..HEHE..SEKOLAH RENDAH
BELAJAR MEGGUNAKAN DERIA TELINGA DAN BERSYUKUR DENGAN NIKMAT MATA-SUPERCAMP EXCEL 09
SEKOLAH MENENGAH SEDANGV BERAKIT...PANDAINYERRR MENGAYUH....JGN BERPUSING SUDAH
TARIKH PROGRAM TEMPAT
06 - 08 Dec 2009 Motivasi Dan Jati Diri Excel Training & Country Resorts, Lenggeng N.9
13 - 15 Dec 2009 Motivasi Dan Jati Diri Excel Training & Country Resorts, Lenggeng N.9
20 - 22 Dec 2009 Motivasi Dan Jati Diri Excel Training & Country Resorts, Lenggeng N.9
27 - 29 Dec 2009 Motivasi Dan Jati Diri Excel Training & Country Resorts, Lenggeng N.9
"ORANG LAIN MENABUR ILMU, EXCEL MERANGSANG ORANG KE ARAH KECEMERLANGAN"
Amalan-Amalan Sunat Pada Hari Asyura: 1. Berpuasa sunat 2.Sembahyang sunat dua rakaat pada malam Asyura dengan niat "Sahaja aku solat sunat dua rakaat kerana Allah Taala. (Ia bukan solat sunat Asyura kerana tidak ada solat sunat Asyura). Kemudian diikuti dengan doa "Dengan kemegahan malam ini disisi engkau Ya Allah, aku.............(doakanlah hajat kita) 3.Menghulurkan sedekah pada fakir dan miskin. 4.Hadir di tempat/majlis ilmu atau zikrullah 5.Ziarah para alim ulama' 6.Ziarah orang yang sakit. 7.Menghubungkan silaturahim.. seperti menziarahi ibubapa atau saudara mara atau sahabat handai atau sekurangnya menelefon mereka bertanyakan khabar. 8.Memakai celak dan berselawat 3 kali ketika memakainya.. insyaallah dipelihara daripada sakit mata. 9.Memotong kuku 10.Membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali atau sekurangnya 200 kali 11.Menyapu (mengusap) kepala anak yatim.. kaifiatnya ialah dengan menyapu secara terbalik iaitu dari belakang kehadapan... jika anak sendiri sebaliknya. 12.Melebihkan berbelanja untuk ahli keluarga. Insyaallah ,semoga dapat kita amalkan(sekurangnya 6 perkara) pada hari Asyura yang lagi akan datang pada tahun ini dan tahun -tahun yang berikutnya.. Moga dijadikan oleh Allah akan kita semua dari orang-orang yang taat dan beroleh rahmatNya sentiasa...Amin. | ||
TANDA-TANDA KIAMAT Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?" Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat." Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :- Asap Dajjal Binatang melata di bumi Terbitnya matahari sebelah barat Turunnya Nabi Isa A.S Keluarnya Yakjuj dan Makjuj Gerhana di timur Gerhana di barat Gerhana di jazirah Arab Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka. Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa sahaja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'. Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu,ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka. Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekahdekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas.Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S. Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akantertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah orang kafir'. Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih,beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W. Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan duagolongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar.Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik. Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Hari kiamat itu mempunyaitanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq" Berkata Ali bin Abi Talib, "Akan datang di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja, Al-Qur'an hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikanmasjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat." Sabda Rasulullah S.A.W, "Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, orang dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamat." | ||
![]() | ||
Temuduga Terbuka Perhatian : Temuduga Terbuka!! EMPAT GANJARAN LUMAYAN 1. Nikmat kubur 2. Perlindungan di Padang Mahsyar 3. Keselamatan Meniti Titian Sirat 4. Syurga yang kekal abadi LOKASI TEMUDUGA : Di dalam kubur (alam barzakh) KELAYAKAN : - Anda tidak perlu bawa siji-sijil - Anda tidak perlu bawa pingat - Anda tidak perlu bawa wang atau harta(yg banyak - Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi (Anda cuma bawa dokumen asal Iman dan Amal) PANEL/PENEMUDUGA : Mungkar dan Nakir (Bertauliah) **Enam soalan utama yang mudah akan disoal** 1. Siapa Tuhan anda? 2. Apa Agama anda? 3. Siapa Nabi anda? 4. Apa Kitab anda? 5. Di mana Kiblat anda? 6. Siapa Saudara anda? CARA MEMOHON : Anda cuma perlu menunggu penjemput Kami yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail. "SEMOGA BERJAYA" "SELAMAT MENJAWAB" Nota: Soalan-soalan temuduga ini telah dibocorkan tapi hanya iman dan amal sahaja akan menetukan dapatkah kita menjawabnya. Marilah bersama-sama kita bersedia, menambahkan amal kita, moga-moga kita termasuk dalam golongan orang yang berjaya. |