Sunday, October 18, 2009

MOTIVASI BERSAMA UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

8 JAM MEMBERI CERAMAH MOTIVASI DAN BERKONGSI ILMU DAN PENGALAMAN BERSAMA PEMIMPIN PELAJAR UMP OLEH EBIT IRAWAN IBRAHIM LEWDIPETIK SEDIKIT DARI BERITA UMP

Oleh : En. Wan Nazrul Helmy bin Wan Mohd. Zain

Penolong Pendaftar Pejabat Naib Canselor



KUALA ROMPIN, 24 Mei - Seramai 43 orang pemimpin pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah mengikuti Kem Transformasi Diri Ke Arah UMP Terbilang di Institut Pengurusan Peladang (IPP) Rompin mulai 21 Mei 2009 lalu.

Para pemimpin pelajar tersebut, yang terdiri daripada Yang Dipertua dan Ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Pengerusi badan-badan pelajar yang lain dibimbing oleh perunding motivasi terkemuka, Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah untuk menjalani pelbagai modul menarik berkenaan Transformasi Diri.

Kem Transformasi Diri Ke Arah UMP Terbilang: Sasaran Kumpulan Pemimpin Pelajar adalah kesinambungan daripada pelaksanaan program terdahulu pada awal Mei 2009 di Taman Negara yang melibatkan pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan Kanan UMP anjuran bersama Pejabat Naib Canselor dan Jabatan Pendaftar dengan kerjasama Excel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd. (Excel).

Selain Dato' Dr. Mohd. Fadzilah, pelaksanaan modul sepanjang kem selama tiga hari itu turut dijayakan oleh Encik Ebit Irawan Ibrahim Lew dan Puan Siti Rohani iaitu perunding motivasi daripada Excel dan penganalisis jenayah terkemuka, Encik Kamal Afendi Hashim.

Majlis perasmian kem tersebut telah disempurnakan oleh Naib Canselor UMP, Profesor Dato' Dr. Daing Nasir Ibrahim pada 21 Mei. Dalam ucaptama beliau yang bertajuk "Wawasan Saya Terhadap Kepimpinan Pelajar UMP", Dato' Dr. Daing Nasir menegaskan bahawa pelaksanaan kem ini haruslah dilihat sebagai pelaburan jangka panjang bagi melahirkan generasi pemimpin pelapis negara yang akan memaknakan slogan '1Malaysia' dalam erti kata yang sebenarnya. Dato' Dr. Daing Nasir juga menolak tanggapan negatif yang mengatakan pelaksanaan kem ini untuk pemimpin pelajar sedia ada sebagai tidak perlu.

"Impak daripada pelaksanaan kem ini bukanlah terbatas kepada penggal jawatan anda sebagai pemimpin pelajar, namun apa yang dihasratkan ialah kesan jangka panjang di mana anda akan menjadi anak Malaysia yang bersedia mengupayakan transformasi negara dan alumni yang berjasa kepada UMP, hasil daripada penyertaan dalam kem ini", ujar Dato' Dr. Daing Nasir.

Dato' Dr. Daing Nasir turut berkesempatan untuk berdialog dengan para pemimpin pelajar selepas ucaptama perasmian tersebut.

Yang Dipertua MPP, Saudara Mohd. Sufi Kamari menyifatkan bahawa pelaksanaan kem ini sebagai amat tepat pada masanya. "Saya percaya bahawa pelaburan pihak Universiti untuk mengadakan kem ini adalah satu pelaburan yang menguntungkan. Transformasi yang bermula dari dalam diri akan memangkinkan pula transformasi perdana negara melalui kesedaran warganegara, khususnya generasi muda", tambah Saudara Mohd. Sufi.

IKBN PAGOH-MOTIVASI DI EXCEL TRAINING & COUNTRY RESORTS

MOTIVASI BERSAMA PELAJAR IKBN PAGOH
Kita akan 10 x lebih cepat dapat jika kita seronok.....
Mereka ada sifat mendengar dan bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu
Orang lain menabur ilmu,kami berusaha merangsang perubahan ke arah kecemerlangan



Remaja dan pemuda zaman sekarang mempunyai minat yang mendalam terhadap agama.
Tetapi malangnya kurang usaha di buat untuk membawa dan mendidik mereka...
Ada usaha yang dibuat tetapi bukan kembali kepada agama islam dan sunnah nabi...sedangkan seluruh dunia dan segala-galanya dalam genggaman ALLAH...dan ALLAH hanya meletakkan kejayaan hanya dalam agama sejauh mana kita taat ALLAH dan mengikuti sunnah NABI SAW..

TARIQ BIN ZIAD seorang pemuda berumur 17-19tahun telah menjadi asbab hidayat/agama islam hidup di sepanyol..sehingga seluruh sepanyol telah islam...dia menjadi ketua jemaah untuk pergi ke Sepanyol..sahabat yang muda ini telah sampai di sana pada 1 syawal..sebaik shaja dia sampai maka dia telah bakar kapalnya...maka seluruh ahli jemaah telah tanya knp bakar kapal..mcm mana kita nak balik..maka jawabnya sama ada agama islam hidup di sini atau kita syahid,....(kapal dibakar maka tiada pilihan untuk melarikan diri)

Hari ini apa telah jadi di Sepanyol..amalan islam sudah tiada...apa orang muda buat satu syawal.....bersukaria/pesta/merempit/g umh awek/tgk wayang/n so on....

Orang muda kosong di masjid...sumenya cuma orang yang dah pencen..mana anak-anak mereka...ini kerana orang islam secara umumnya telah meninggalkan dakwah akhirat...mencritakan kehidupan akhirat.......lupa maksud ALLAH hnatar kita dalam dunia..kita di hantar untuk hidupkan agama..perintah-perintah ALLAH,makmurkan masjid....





INI gambar kem motivasi bersama pelajar ikbn pagoh

KISAH LIMA PERKARA ANEH

KISAH LIMA PERKARA ANEH


Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur.
Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa
antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam
bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.

Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu,
pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok
engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala
ke barat. Engkau dikehendaki berbuat,

pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah,

kedua; engkau sembunyikan,

ketiga; engkau terimalah,

keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang

kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju
ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit
besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata,
"Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh
aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."

Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat
untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu
mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu
pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa
sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan
sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan,
lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk
emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar
semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.

Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu.
" Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi
itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung
helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah
burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."

Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun
mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan
keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi
itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar
burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan
harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat,
iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk
menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk
mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan
kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan
burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian
dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun
bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan
hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi
ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata,
"Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang
diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa,
"Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar
seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal
serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.

Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia
tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang,
maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu,
maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri
berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang).
Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan
dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja
berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat
kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi
tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita
ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan
pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti
ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak
pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya
pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."

Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata
tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang
kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri
kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang
walaupun ia benar

P/S

Apakah yang dikatakan mengumpat?

Mengumpat ialah kita bercerita di belakang seseorang itu

-walaupun betul dan dilakukan orang itu

-jika didengari pasti dia tak suka


Apakah fitnah?

Fitnah ialah kita mengata tentang seseorang di depan atau dibelakangnya perkara yang tidak benar


SEMOGA ALLAH SELAMATKAN KITA SEMUA

Kelebihan Menangis-takutkan ALLAH


TIDAK AKAN MASUK NERAKA ORANG YANG MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk
neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga
ada air susu kembali ke tempat asalnya."

Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa
akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti,
dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah
diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada bulu matanya berkata,
"Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah
bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah
S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan
sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya
dari api neraka dengan berkat sehelai bulu mata yang dibasahi air mata kerana menangis
lantaran takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan,
telah selamatlah ia sebab sehelai bulu mata."

Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa
pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan
mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan,
semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya.
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat
(pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya).
Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya.
(Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut
apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28).

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar
kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan
dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu
dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu,
akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan,
"Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya
seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku.
" Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.
Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung,
umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api!
Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah,
demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa,
supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali,
lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju
kepada umat Muhammad S.A.W".

Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya.
Berkata Jibril A.S. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya.
" Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.

Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S.
"Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah
air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana
takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk
memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu.
" Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W, "Ya Allah anugerahilah kepada
kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum
tidak ditemunya air mata."

Oleh itu marilah kita banyak menangis...sebelum tibanya tangisan sehingga air mata darah pun tidak diterima..kuar air mata nanah..sehingga mata buta pun tidak akan diterima...

Dalam dunia kita menangis sungguh2 di depan ALLAH walaupun setitik air mata..ataupun baru bergenang di mata pun akan diterima oleh ALLAH...untuk seluruh dosa kita diampunkan walaupun dosa kita sebanyak dosa dilautan ataupun memenuhi langit dan bumi...

KEM CUTI SEKOLAH

Dato Fadilah Kamsah SESI MENGENAL DIRI
CERAMAH EN EBIT DI SURAU.. .AZAM NK JG SOLAT AWL WKTU
SEMANGATNYERR PELAJAR-PELAJAR NI
Assalamualaikum.......

Setiap pemuda zaman nabi mencintai ALLAH dan agama lebih dari segalanya......
Mereka sangat takutkan ALLAH...
Satu masa Saidina Umar Al-Khattab khalifah Islam yang sanngat terkenal sedang meronda di waktu malam. Tiba-tiba dia terdengar perbualan seorang wanita dengan anak perempuannya. Wanita itu memberitahu anaknya berkenaan perniagaan susu kambing yang kurang untung..
Kata ibu itu " wahai anakku kita berniaga susu ini kurang untung. Apa kata kalau kita campur air sahaja.

Maka jawab anaknya" Ibu, kita tak boleh buat macam tu, nanti khalifah tahu susah kita

Jawab ibunya" khalifah tak tahu pun....kita sahaja di sini

Maka kata anaknya" kalau khalifah tak tahu..ALLAH MAHA MENGETAHUI..ALLAH MAHA MENDENGAR, ALLAH MAHA MELIHAT

Lihat bagaimana seorang kanak-kanak kecil sangat takutkan ALLAH...dan meyakini kehidupan akhirat..

kata ulama' ini adalah kesan didikan ibu tadi...dia telah mewujudkan percakapan tentang ALLAH...selalu membesarkan ALLAH dan akhirat sehingga anak tadi telah terdidik..bila dia diuji walaupun oleh ibunya sendiri, iman nya tetap dan tidak berubah.

Tapi apa yang berlaku hari ini,ibu bapa hanya menakutkan anak-anak dengan cerita hantu,momok.toyol.,orang bunian,langsuir dan macam-macam lagi....

Sedangkan awal agama adalah mengenal ALLAH......kata sahabat nabi kami belajar iman,baru kami belajar AL-QURAN(agama)...

Kita kena wujudkan percakapan ALLAH dan akhirat di dalam rumah kita..di mana sahaja...

Bila percakapan ALLAH tidak diwujudkan,,bukan sahaja kanak-kanak,orang tua pun tidak takutkan ALLAH.....nasihat untuk saya terutamanya, dan semoga kita semua sama-sama ambil iktibar...

SUPERCAMP EXCEL-TANGISAN

masa berdoa...alhamdulillah
pelajar ini rasa insaf...untungnya ada anak-anak seperti ini
Kami berazam akan jaga solat awal waktu dan dengar cakap ibubapa,,hidupkan agama
Mak Ayah maafkan kami
AMPUNKANLH DOSA SUME ORANG ISLAM
YA ALLAH AMPUNKAN DOSA ORANG ISLAM
EBIT IRAWAN DAN PUAN ROHANI SEDANG BERDOA BERSAMA PELAJAR
YA ALLAH KAMI BERMUNAJAT PADAMU
TERIMALH AIR MATA KAMI INI AMIN
ANAK BAKAL PEMIMPIN DI MASA HADAPAN
ANAK-ANAK YANG BAIK
FARAH....ANAK SOLEHAH
ADIK-ADIK MEMPUNYAI HATI YG LEMBUT
KITA SEMUA MESTI BERUBAH

TANGISAN DI SUPERKID 2009.....................


TANGISAN MEREKA DI KEM................