KEMENTERIAN KESIHATAN
14 NOVEMBER 2009-Penceramah - Ebit Irawan Ibrahim LewMula-mula kita bincang apa yang seronok di tempat kerja? Orang jarang nak cerita yang baik dan seronok. Tapi suka cerita benda yang tak seronok di tempat kerja..sebenarnya bila kita bersyukur dengan cerita yang baik maka ALLAH akan tambah nikmat...bila kita kufur,ALLAH akan tarik nikmat.....dalam kajian menunjukkan orang yang selalu merungut biasanya hidupnya selalu susah dan orang yang dekat dengannya juga akan merasa susah...so kita kena cerita yang baik2 selalu
Kita boleh bincang yang tidak baik tetapi dengan niat untuk mengatasinya...bukan sekadar perbualan sahaja....kerana silap-silap ia jadi mengumpat dan dosa...dosa mengumpat lebih buruk dari membunuh...mengumpat ialah kita mengatakan sesuatu tentang seseorang yang jika dia mendengarnya ia akan berkecil hati..dan pahala akanberpindah pada orang yang kita umpat. Hasan Basri r.alaih seorang ulama besar apabila orang mengumpatnya maka dia akan bg hadiah pada orang tu...dan menulis surat...dlm isi surat hasan basri r.alaih akan mengucap terima kasih kerana telah memberi pahalanya kpd beliau...ini kerana sejak kecil ibu hasan basri telah mendidiknya...ibunya kata" wahai hasan jika kau tidak tahan nak mengata atau mengumpat org maka umpatlh ibumu ini...supaya pahalamu tidak pergi pd org lain...so kita jg percakapan kita dan byk bercakap yang baik